QURBAN, AKIKAH DAN WAKAF QURAN BERSAMA KEMBARA SUFI

TUNAIKAN IBADAH QURBAN, AKIKAH & WAKAF QURAN BERSAMA KEMBARA SUFI 

"Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Kembara Sufi (KSQurban) dengan kerjasama NGO dakwah Yayasan Amal Malaysia telah melancarkan projek Amalqurban sempena Hari Raya Aidil Adha bagi membantu Muslim dan fakir miskin yang diancam kebuluran dan kemiskinan di beberapa negara rantau Afrika dan Asia.

KSQurban berperanan sebagai wakalah ibadah (wakil) bagi pihak peserta yang ingin menunaikan ibadah Qurban, Akikah dan Wakaf Quran.


Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".


KSQurban bersama Amalqurban yang berpengalaman menguruskan program Qurban berskala Mega lebih 15 tahun di beberapa buah negara minoriti Muslim dan fakir miskin tertindas.

Daging qurban, akikah dan wakaf Quran akan diagihkan kepada madrasah tahfiz dan perkampungan Muslim fakir miskin yang paling memerlukan. 

Di sana mereka diancam kemiskinan dan kebuluran melampau sehingga menyebabkan angka kematian yang sangat tinggi terutama bayi, wanita dan warga emas akibat kurang nutrisi dan penyakit.




Tahun sebelum ini kami hantar team kami sendiri di sana untuk laksanakan qurban, akikah dan wakaf. Kami dapat ambil gambar dan video untuk anda, Namun tahun ini kerana penularan pandemik COVID19, kami bekerjasama sepenuhnya dengan NGO di Afrika untuk laksanakan ibadah bagi pihak peserta. 

Sekiranya keadaan mengizinkan, kami akan dapatkan bahan media untuk anda kerana perlu patuhi SOP di negara sana juga. Kami tidak dapat berikan jaminan, tapi kami akan usahakan dan janji ibadah anda pasti ditunaikan in shaa Allah. Kami akan maklumkan anda selepas ibadah anda selesai dan sijil penyertaan akan dihantar secara berperingkat. 



Harga binatang ternakan adalah jauh lebih murah hampir 50% berbanding harga pasaran di Malaysia. 

Anda dapat menunaikan ibadah dan kebajikan dengan lebih murah, mudah dan meyakinkan. 




BILA LIHAT GAMBAR INI, APA YANG ANDA FIKIRKAN?



Jika anda fikirkan mereka sedang bermain dengan daging qurban, maka sangkaan anda salah.

Anak-anak ini sebenarnya sedang mengutip cebisan daging qurban yang jatuh di tanah kerana mereka hanya dapat melihatnya setahun sekali sahaja.

Mereka juga mengikis tulang haiwan qurban, untuk dijadikan serbuk perisa kepada makanan mereka nanti. Paling kurang memberikan sedikit rasa sup selepas dicampur dengan air. 


GAMBAR KEDUA INI MEREKA BUAT APA PULA? 



Jika anda fikirkan mereka sedang membazir daging dengan membuangnya di merata tempat, maka sangkaan anda salah.

Daging ini sebenarnya sedang dijemur untuk menjadikannya lebih tahan lama kerana mereka tiada peti sejuk beku seperti di rumah kita. Daging akan busuk jika tidak dijemur dan diperam.


TERAKHIR, GAMBAR INI ANDA RASA MEREKA SEDANG BUAT APA? 




Jika anda fikirkan mereka sedang membersihkan daging qurban, maka sangkaan anda adalah salah..

Anak-anak ini sedang menjamah daging sembelihan yang hanya mampu dimasak secara ala kadar saja. Disebabkan kesukaran hidup dan mendapatkan air bersih, daging hanya dicelup sedikit dengan air sahaja.


SEMUA GAMBAR INI TELAH "MENYENTUH" HATI & EMOSI KAMI

Jika anda rasa sedih dan bertanggungjawab untuk bantu mereka, teruskan membaca. Jika hati anda tidak terasa apa-apa, maka rawatlah hati anda dan bayangkan anda berada ditempat mereka.


"HANCUR LULUH HATI KAMI MELIHAT KEADAAN ANAK TAHFIZ INI..." 




Jika anda fikir mereka sedang melukis pada kayu dengan arang, maka anda sememangnya betul.

Cuma mereka bukan sedang melukis karya, tapi menulis semula ayat Quran yang dibaca dari mushaf Quran yang sudah carik dan koyak.



1 naskah Quran kadangkala dikongsi lebih dari 10 orang yang membaca, menghafal dan menulisnya semula secara bergilir-gilir.

Mereka akan menulis semula di atas papan kayu, menghafal lalu memadamnya semula untuk ditulis ayat seterusnya.





Inilah keadaan madrasah pelajar tahfiz di sana. Mereka terpaksa berasak di tempat yang sempit dan panas.

Ada yang atap bumbungnya hanya sejengkal dari kepala saja. Sangat panas dan tidak selesa, kasihan terutamanya pelajar anak-anak perempuan di sana...


Begitulah perjuangan seorang anak bergelar Al Hafiz di sana. Sangat dhaif dan serba serbi kekurangan.

Namun, tidak mematahkan semangat mereka untuk menjaga amanah kemuliaan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.

Mereka inilah anak-anak syurga yang menjaga agama ini untuk kita semua. Tidakkah kita berasa kasihan dan simpati? Kadang kita rasa malu, Allah berikan kita kecukupan tapi kita kadangkala kurang syukurinya.


"HULURKAN TANGAN BANTU MEREKA. MUNGKIN INI IBADAH KITA TERAKHIR" 


“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom sertai ibadah Qurban atau Akikah dan Wakaf Quran bersama kami Kembara Sufi dan Yayasan Amal Malaysia. Beribadah sambil menyumbang membantu mereka yang sangat memerlukan. 

==========
HARGA PAKEJ
==========
     

Buat pendaftaran dengan mengisi borang di bawah sekarang.

Sebarang pertanyaan atau info lanjut hubungi kami di sini

(Whatsapp/Call)
6013-833 4498
Afifi

"Ingat Qurban, Ingat KSQurban"




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
JUMLAH
Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Abu bin Bakar, Usman bin Affan, Ali bin Talib


Maklumat Organisasi

KEMBARA SUFI
kslegacytradinghq@gmail.com
+60137434498
Whatsapp Kami